Lokasi Blog Baru http://blog.rohaza.com

May 20, 2008

Tun Dr Mahathir : Keluar UMNO

Rata-rata hari ini, in fact dari malam tadi semua golongan dari pelbagai peringkat melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman Tun Dr Mahathir keluar UMNO. Bermakna dia tidak lagi menjadi ahli UMNO. Begitu juga dengan isteri tercintanya. Maka, pelbagai perisa irama rentak bahasa serta kata(masam, manis, masin etc) memberi komen tersendiri tentang keputusan yang dibuat oleh Tun. Ada yang kata dia berani, ada yang kata dia tu umpama duri dalam daging, ada yang sokong dan tidak kurang juga yang kata tindakan Tun itu suatu keputusan yang terburu-buru. Tapi bagi hamba rakyat biasa ini, dari pemgamatan selama ini, tindakan Tun seumpana tindakan nekad seorang politician yang sudah masak dengan sepak terajang politik. Malah jika ada yang kata tindakan Tun itu adalah sesuatu yang terburu-buru, eloklah rasanya imbas kembali sejarah kepimpinan Tun selama 22 tahun dia menerajui negara tercinta Malaysia ini. Kalau Tun ada ciri-ciri seorang yang terburu-buru dalam membuat keputusan, mustahil Malaysia dikenali di peringkat global! Renung-renungkanlah! Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Masa terluang tadi sempat juga penulis menjengah ke blog Tun di http://www.chedet.com untuk melihat kerancakan komen-komen sebaik sahaja pengumuman dibuat. Memang banyak betul komen, tak terbaca. Rata-rata menyokong keputusan Tun. Semoga Tun bertindak di landasan yang benar! Atau mungkin juga..kalau istilah orang bercinta..."Demi kerana SAYANG, KAU (UMNO) ku lepaskan". Siapa yang tahu minda & hati seorang insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad, seseorang yang memang sukar hendak dijangka!

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template