Lokasi Blog Baru http://blog.rohaza.com
Showing posts with label Petua Hebat Blogging. Show all posts
Showing posts with label Petua Hebat Blogging. Show all posts

May 24, 2008

Kunci Kejayaan Usahawan Internet

Kunci mencipta kejayaan sebagaimana mereka yang berjaya sebagai seorang usahawan internet adalah memilih peluang yang sesuai dengan personaliti masing-masing.

Personaliti anda menentukan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda ceburi.

Orang berada di sekeliling anda juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan perniagaan internet anda. Jadikan individu yang mendampingi anda sebagai pembantu bagi mencipta kejayaan anda.

Sebagai contoh, anda menjadikan Syed Ikhwan sebagai mentor untuk anda berjaya.

....dipetik dari Noorizamshah.com

Buat Duit Dengan Ziddu

Jika anda mempunyai sebarang file atau video yang ingin disimpan tetapi tidak memiliki hosting sendiri, anda boleh menggunakan hosting percuma di laman web Ziddu.com sebagai alternatif tersebut.

Anda tidak perlu memiliki akaun premium (berbayar) untuk memuatnaik atau memuatturun fail atau video. Ziddu memberi anda ruang percuma je.

Bagi penggemar muzik atau video, anda boleh menonton, mendengar apa sahaja fail yang terdapat di laman web ini.

Saya ada cuba upload satu file winzip disini kemudian saya cuba download kembali file yang saya simpan disana dan buktinya, ia tidak memerlukan masa yang lama untuk aktiviti ini.

Dan satu lagi perkara yang best ialah, anda dapat menjana pendapatan setiap kali ada pengguna yang muaturun file-file anda. Ya.. satu lagi sumber pendapatan sampingan yang boleh anda praktikkan.

Try la daftar? Ziddu.com

May 23, 2008

Tips-tips Blogging bagi Orang Baru / Beginners

Blog mengenai sesuatu yang anda minat mengenainya

Jika anda tidak berminat mengenai topic tersebut, anda tidak akan kekal lama dengannya. Cara terbaik untuk menentukan apa yang hendak diletakkan di dalam blog anda adalah dengan menanyakan soalan kepada diri anda sendiri, “ Adakah saya melakukan secara percuma?”. Jika jawapannya adalah YA, anda telah menemui topic anda. Kebiasaannya seorang yang membuat blog semata-mata kerana duit jarang sekali berjaya.

Dapatkan domain anda sendiri

Sesetengahnya adalah mungkin untuk memulakan blog untuk mengisi masa lapang dengan menggunakan khidmat blog percuma seperti Blogger.com atau Wordpress.com. Saya mencadangkan agar setiap blogger memulakan blog dengan mendapatkan nama domain sendiri. Tetapi anda masih boleh mengletakkan blog anda secara percuma jika anda mahu.

Mempunyai nama domain anda sendiri memperlihatkan tahap profesionalisme anda. Ia mungkin tidak menjadikan anda seorang blogger yang professional, tetapi ad networks akan melihat blog anda secara lebih serius. Sesetengah ad networks tidak menerima laman web kecuali ianya mempunyai nama domain sendiri. Jika anda melakukannya dengan betul, mempunyai domain anda sendiri dan web hosting tidak mengenakan apa-apa caj terhadap anda kerana pendapatan yang dihasilkan menerusi blog anda melebihi kos.

Adalah lebih baik untuk mendapatkan nama domain pada awal permulaan blog berbanding setelah ianya dilancarkan. Perkara terakhir anda mahu lakukan adalah membina blog dengan Blogspot, dapatkan sebanyak mungkin backlink, PageRank, Alexa dan Technorati rangking dan kemudian harus memindahkan ke domainnya sendiri dan memulakannya semula. Tidakkan itu merugikan masa dan tenaga anda?

Kemaskini Blog anda sekerap yang mungkin
Blog yang tidak dikemaskini dilabelkan sebagai “Blog Mati”. Jika anda tidak mampu memberi komitmen yang konsisten terhadap blog anda, perkara terbaik untuk anda adalah jangan blog sehingga anda betul-betul boleh blogging! Di sinilah di mana blogging tentang minat anda berada. Jika anda bersemangat dan minat yang tinggi tentang sesuatu topic yang anda pilih, peluang untuk anda terus blogging amat tinggi mengenai topic tersebut. Ideally, anda seharusnya mengemaskini blog anda setiap hari.

Kenali Pengunjung/Pembaca Blog
Blogging adalah jalan dua-hala. Anda tidak akan wujud tanpa pengunjung/pembaca walapun anda tetap boleh bina blog anda….tapi apa gunanya blog tanpa pengunjung???. Begitu juga sebaliknya, pembaca tidak akan wujud kecuali mereka ada sesuatu untuk dibaca, dilihat dan sebagainya. Blogging adalah mengenai membentuk suatu hubungan. Di sini terdapat hubungan di antara anda dan blog-blog lain dalam topic/niche anda. Terpulang kepada anda untuk mengenali mereka dan membentuk hubungan ini. Ramai pembaca menyatakan bahawa apabila mereka membaca blog saya, ianya seperti komunikasi sehala (one-to-one conversation). Ianya bukan kebetulan tetapi sebahagian daripada hubungan blogging.

Sekian buat kali ini.
Jumpa lagi.

Azza
http://lostbolos.blogspot.com

May 22, 2008

Petua Hebat Blogging - Penjana Duit (Recommended!)

Penjana Duit - Recommended!

Berikut adalah senarai bagi semua ad networks dan program
bersekutu(affiliate program) yang saya gunakan untuk menjana duit
secara online. Kesemua ini terpilih dari senarai yang exhaustive bagi
130 ad networks. Saya menggunakan kesemua networks berikut dalam satu
masa atau lain-lain dan kesemua ini "highly recommended". Kesemua ini
telah terbukti menyediakan khidmat atau sokongan yang bagus dan yang
paling penting, pembayaran yang tepat pada masanya.


Kontera ContentLink
Kontera ContentLink membenarkan anda membuat duit dari pengiklanan tanpa memberikan mana-mana "advertising spots". Teknologi mereka membaca post anda dan menukarkannya kepada perkataan-perkataan tertentu kepada iklan(ad). Perkataan yang dihighlightkan adalah "double underline" dan iklan akan keluar secara pops up apabila anda meletakkan pointer mouse(mouse over) ke atas perkataan tadi. Biasanya Kontera meletakkan syarat di mana blog/site anda mempunyai sekurang-kurangnya minimum 500,000 page views setiap bulan sebelum ianya diterima untuk menyertai program ini.

Text Link Ads
Text Link Ads salah satu kegemaran saya bagi ad networks. Mereka membantu saya menjana duit online dengan menjual text links yang anda dilihat dibahagian "Featured Sites". Links menawarkan advertisers traffic dan search engine benefits dan pembaca tidak nampak secara kasar kesemua itu kerana mereka bukan intrusive. Harga link anda di setkan oleh Text Link Ads dan adalah berdasarkan kepada Alexa, Google PageRank, bilangan subscriber bagi RSS dan lain-lain faktor.

Google Adsense
Jika anda tidak tahu apa Google AdSense, anda sebenarnya tinggal di bawah batu. Ini sudah semestinay wajib jika anda mahu membuat duit dari blog. Google memaparkan teks yang ringkas dan imej iklan pada blog anda yang ditujukan khusus kepada tentang apa yang anda tulis. Join Google AdSense.

Sekian untuk kali ini. Post akan datang saya akan kupas tajuk "Tips-tips Blogging bagi Orang Baru/Beginner"

Jumpa lagi!
Azza
http://lostbolos.blogspot.com

Petua Hebat Blogging I - Pengenalan

Tahukah anda bagaimana untuk menyatakan seseorang itu adalah insan yang berjaya berbanding dengan yang gagal? Mudah saja, dari bahasa yang digunakan!!! Apabila anda bercakap dengan orang yang berjaya tentang matlamatnya, dia akan memberitahu anda apa rancangan/plan yang akan dilakukan dan bila ia akan siap dilaksanakan. Berbanding dengan orang yang gagal, apabila bercakap mengenai matlamatnya(andaikan dia memang mempunyai 1 matlamat), akan kedengaran perkataan/ayat seperti "Saya harap dapat melakukannya suatu hari nanti". Inilah "klu" bagi orang-orang yang gagal diluar sana.Satu hari tak akan datang!!!.

Tahukan anda kenapa individu dengan mentaliti orang yang gagal(saya gelarkan "loser")selalu menggunakan perkataan "suatu hari", "saya harap" atau "i wish"? Mereka melakukan ini kerana ia memberi jalan keluar dan membolehkan diri mereka tidak dipertanggungjawabkan bagi setiap perkataannya.Jika mereka meletakkan "time limit" bagi setiap matlamat/objektif dan tidak dapat mencapai/melakukannya, dia GAGAL, dan loser memang benci pada kegagalan.Orang yang berjaya tidak takut pada kegagalan kerana mereka tahu kejayaan terbentuk dari rentetan-rentetan kegagalan!

Setiap orang mempunyai impian dan matlamat atau hala tuju. Beza antara matlamat dan impian adalah matlamat merupakan impian yang seiring dengan tindakan. Kita semua mempunyai impian, kebebasan kewangan(kaya ler tu..), mempunyai keluarga dan sebagainya. Bagaimanapun, berapa ramai di kalangan anda yang mampu dan telah mencapai segala matlmat itu? Jika anda telah berjaya, adakah anda meletakkan time limit terhadapnya? Atau anda hanya berkata "Saya akan melakukan suatu hari nanti" atau "Saya harap ia akan terjadi"?

Sekian dulu untuk kali ini.
Jangan lupa ikuti petua seterusnya di post yang akan datang.

Salam hormat
Azza
http://lostbolos.blogspot.com

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template