Lokasi Blog Baru http://blog.rohaza.com

December 29, 2007

DOA

Kau datang lagi
mendekati kami
walau kau tidak kami peduli
atau mungkin buat-buat tidak mengerti
namun, kau tetap tidak pergi
kini.....
kami ingin menjadi temanmu
yang ISTIQAMAH menghayatimu
seperti yang disarankan oleh Pak Guru
dalam kuliahnya setiap minggu.

Kawan......
Setiamu adakah sejati?
atau hanya di hari kenduri
boleh jadi tika gundah hati
kerana gaji tak berbaki.
Teman......
Inginku citrakan amal pembantu
bagi memberkatkan permintaan dan pengharapanmu
iaitu:
beberapa amalan kecil pada manusia
tapi besar di sisi Allah:
i. ku lihat surau kampung sana kolehnya sudah tiada
letaklah beberapa saham akhirat dividennya berganda
ii. tandas masjid kg hulu tiada berterompah, hingga pengunjung rasa jijik
resah, cepatlah menempah, sebelum orang lain membuka langkah
iii. anak arwah rakanmu menangis kelaparan kerana, Zohor
baru ibunya mampu memberi sarapan, lekaslah hulur bantuan,semata-mata untuk keredhaan.
iv. yakinlah pada Solat Dhuha 4 ( 2- 2) rakaat, yang insyaAllah memberi 1001 macam manfaat,
cuma waspada utamanya kerana taat, di samping mengharapkan fadhilat.

TEMAN, semoga kau bertambah Taqwa. Dan AWAS! Kita akan ditanya!

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template